Thursday, November 13, 2008

Selamat Bercuti

Thanks to God coz school holidays come again and insya allah we will meet next year.I hope my students not forget for prayer.This is some result or consequence if u leave prayer.

Siksaan ketika hidup didunia
  1. Allah swt mengurangkan keberkatan hidup
  2. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah swt
  3. Hilang cahaya soleh dari wajahnya
  4. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala

Siksaan ketika sakaratul maut

  1. Ia akan menghidapi sakaratul maut dalam keadaan hina
  2. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan
  3. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minuman aiar sebanyak tujuh lautan

Siksaan ketika dalam kubur

  1. Alah swt akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya
  2. Kuburnya akan digelapkan
  3. Allah swt akan menyiksanya dengan pedih hingga hari Qiamat

Siksaan ketika berada di neraka

  1. Ia akan dibelenggu dan diseret di Padang Mashyar oleh Malaikat
  2. Allah swt tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan
  3. Allah swt tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan diseksa dengan keras di dalam neraka

Nisbah dosa meninggalkan sembahyang

  1. Sembahyang Subuh = Ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam Neraka ( bersamaan 60,000 tahun dunia)
  2. Sembahyang Zuhur= Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam
  3. Sembahyang Asar= Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah
  4. Sembahyang Maghrib= Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya ( bagi lelaki) atau dengan ayahnya(bagi perempuan)
  5. Sembahyang Isyak=Allah swt tidak akan redha ia hidup di bumi Allah swt ini dan digesa agar ia mencari bumi lain

I'm sorry 4 everthing to u all.

Friday, November 7, 2008

Kelas terakhir..

Poyoooo........
Handsome boyz......

Last generation 5en2..banyak2 yang mana handsome..baju kuning kan???????
Kelas terakhir bersama pelajar 5en2.....jumpa lagi jika ada rezeki



Mohon kemaafan daripada guru







Sebahagian pelajar datang ke bilik panitia pendididkan Islam memohon kemaafan & restu agar dipermudahkan untuk menjawab soalan pada peperiksaan SPM nanti.

2 PerBEZAAN yang Berbeza

Shikin & Ulya

Diana& Hafizah
Gambar diatas diambil semasa meraka ada jamuan KRS baru-baru ni...2 generasi yang berbeza.Satu yang akan mengambil SPM.Satu lagi yag akan mengambil SPM tahun hadapan.Semoga berjaya buat kedua-duanya.

KELAS tAMBAHAN AGAMA 5eN2

Wan & Zubairi
Tahniahla Sani..datang gak kau ye

Alif tekun menjawab soalan






Azman..pelajar yang tidak pernah ponteng kelas tambahan





Friday, October 31, 2008

Panggilan Haji



Sedar tidak sedar rupanya kita telah meninggalkan Syawal.Kini bulan Zulkaedah tiba pula.Selamat datang wahai penghuni rumah Allah.Pada bulan ini berjuta-juta manusia akan tiba di Makkah untuk melaksanakan rukun yang kelima tanpa mengira pangkat,bangsa dan warna kulit.Buktinya semua jemaah haji akan memakai pakaian ihram berwarna putih tidak kirala dia itu Presiden ke Menteri ke kuli ke semunya sama disisi Allah kecuali taqwa mereka.Inilah istimewanya rukun yang kelima ini.Kesimpulannya mana-mana indivdu yang ingin pergi menunaikan Haji pastikan anda telah mendaftar di Lembaga Tabung Haji.Bukanla bermaksud apabila kita membuka akaun di tabung haji kita sudah mendaftar, tetapi anda perlu mendaftarkan nama anda sekiranya simpanan dalam bank anda mempunyai RM 1300 keatas.Untuk maklumat lebih lanjut lebih baik pergi sendiri ke tabung haji..

LAB BAI KALLAH HUMMA LABBAIK LABBAI KALA SYARIKALAKA LABBAIK INNAL HAMDA WANIKMATA LAKA WALMUL LA SYARIKA LAK



Monday, October 13, 2008

Puasa Enam

Alhamdulillah sekarang ni kita berada dibulan Syawal....apa lag marilah kita berpuasa 6 dibulan Syawal.Maka timbul soalan bolehlkah kita berpuasa 6, sunat dan ganti pada masa yang sama.Saya berpendapat tidak ada masalah yang penting niat puasa yang wajib dahulu.Sebagai contoh niat untuk puasa ganti dahulu kemudian diikuti pula dengan yang sunat.Jangan niat yang sunat dulu baru wajib ini tak betul.So Selamat Berpuasa...

Wednesday, September 24, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Assalamualaikum

Kepada semua muslimin dan muslimat serta insan-insan yang mengenali diriku ku pohon ribuan ampun dan maaf diatas segala kesalahanku selama ini selama ini..


Monday, September 22, 2008

gelagat peajar perempuan nak menghafal surah






cuba la hafal awal2 kan senang

gelagat pelajar lelaki nak belajar





ini adalah sebahagian gambar budak2 masa tengah hafal surah mukmin..moga2 mereka ingat sampai lah bila2 bukan susah nak hafal

Wednesday, August 27, 2008

Tanda-tanda hari Kiamat

Minta maafla sebab lama xupdate cuti.....disini saya nak kongsi cerita dengan nada semua time tu waktu cuti sekolah so tak buat apa bacalah sebuah kitab.Dibawah ini sebahagian yang terdapat dalam kitab tersebut dan kalau anda ingin tahu lagi bacalah kitab BAHRUL MAZI

Rasulullah s.a.w menyebut perihal Dajal serta menyatakan: "…..Sebenarnya Dajal itu seorang muda yang rambutnya kerinting, biji matanya timbul (buta sebelah); ……Sebenarnya ia akan keluar di satu tempat di antara negeri Syam dengan negeri Iraq, serta ia akan melakukan kerosakan di serata tempat yang ia sampai kepadanya (dengan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai Tuhan - mewah makmur, dan kampung orang yang enggan menerima dakwaannya - susah meleset; dan dengan menunjukkan kepandaian sihirnya dengan menjadikan tempat yang terbiar dan tanah yang kering kontang - mengeluarkan khazanah buminya dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau subur;juga menjadikan orang muda yang kuat gagah dibelah dua badannya, sepotong dicampakkan jauh dari satu lagi, kemudian diserunya, lalu kedua potongan badan itu bersatu dan orang muda itu pun hidup semula dengan tersenyum-senyum seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya; demikian juga mana-mana yang menyembahnya dimasukkan ke dalam Syurganya yang dirasai oleh orang itu sebagai Neraka, sebaliknya orang yang enggan menyembahnya dimasukkan ke dalam nerakanya yang dirasai oleh orang itu sebagai Syurga; dan lain-lain lagi)." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Wahai sekalian hamba Allah, setelah kamu mengetahui demikian maka tetapkanlah iman kamu, jangan terpengaruh kepada dakwaannya!" Kami bertanya: "Ya Rasulullah! Berapa lama ia bermaharajalela di bumi?" Baginda s.a.w menjawab: "Empat puluh hari - hari yang pertama: Panjangnya seperti setahun, dan hari yang kedua: Panjangnya seperti setahun, dan hari yang ketiga: Seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain: Seperti hari-hari kamu yang biasa." Kami bertanya lagi: "Ya Rasulullah! Jika demikian, hari yang panjangnya seperti setahun iu misalnya cukupkah kami mengerjakan padanya sembahyang untuk sehari?" Baginda s.a.w menjawab: "Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu sekadar masa yang biasa kamu lakukan;"….Baginda s.a.w menerangkan lagi: "Semasa Dajal itu bermaharajalela, Allah hantar turun Nabi Isa anak Mariam lalu ia turun berhampiran dengan menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyik…..maka Nabi Isa pun mengejar Dajal sehingga dapat menawannya di pintu kariah yang bernama: "Lud", lalu membunuhnya. Setelah itu datanglah suatu kaum yang Allah selamatkan dari bencana Dajal itu menghadap Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa hapuskan kesan kedukaan dan kesedihan dari air muka mereka dengan menyatakan: Bahawa Dajal telah pun dibunuh, serta mengembirakan mereka denga darjat-darjat kedudukan mereka dalam Syurga;" Nabi s.a.w menerangkan lagi: "Bahawa semasa Nabi Isa sedang menerangkan perkara-perkara yang menggembirakan mereka, Allah wahyukan kepada Nabi Isa dengan firmannya: "Bahawa Aku telah mengeluarkan sekumpulan hamba-hambaKu (Ya'juj wa Ma'juj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapa pun memerangi mereka; oleh itu maka bawalah hamba-hambaKu yang bersama-samamu berlindung di bukit Tursina; setelah itu Allah keluarkan Ya'juj wa Ma'juj dan mereka pun meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi….; Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya pun terkepung lama di bukit itu sehingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka dari seutas dinar kepada seseorang kamu sekarang; lalu Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya merayu kepada Allah supaya membinasakan musuh mereka, maka Allah s.w.t hantarkan ulat-ulat menyerang batang leher Ya'juj wa Ma'juj itu,mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa. Kemudian Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya turun dari bukit itu, lalu mereka dapati tidak ada barang sejengkal pun di bumi melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk disebabkan bangkai Ya'juj wa Ma'juj itu; maka Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya merayu lagi kepada Allah lalu Allah Taala hantarkan kumpulan burung yang batang lehernya seperti batang leher unta, maka kumpulan burung itu pun mengangkut serta mencampakkan bangkai-bangkai itu ke tempat yang dikehendaki Allah. Kemudian Allah Taala turunkan hujan lebat yang sebarang bangunan tidak dapat menahan airnya daripada meliputi serta mencuci muka bumi sehingga menjadi bersih dan rata seperti cermin. Kemudian Tuhan berfirman kepada bumi: Tumbuhkanlah tanamanmu serta keluarkanlah buahmu, dan kembalikanlah segala nikmatmu"; maka pada masa itu sebilangan orang boleh kenyang dengan memakan sebiji buah delima, dan boleh berteduh dengan kulitnya; dan pada masa itu juga diberkatkan Tuhan pada susu sehingga susu seekor unta perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu kaum yang besar jumlahnya, dan susu seekor lembu perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu qabilah; dan susu seekor kambing perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu suku kaum." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Semasa manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan yang tersebut tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik….lalu mengambil nyawa tiap-tiap orang yang baik - mukmin dan muslim, dan tinggallah sahaja orang-orang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiri dan berhubung jenis seperti haiwan, maka pada zaman mereka inilah berlakunya hari kiamat." (Dan pada satu riwayat yang lain: "Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk nyaman, yang datangnya dari arah negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorang pun yang terdapat dalam hatinya seberat zarah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Maka tinggallah sahaja orang-orang jahat yang cepat bergerak melakukan maksiat dan kedurhakaan secepat burung terbang, dan yang menceroboh serta menzalimi satu sama lain seperti binatang buas; mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara yang baik, dan tidak benci serta tidak melarang daripada melakukan perkara yang buruk. Pada saat itu syaitan menyamar diri kepada mereka serta bertanya: "Tidak malukah kamu meninggalkan jalan mendampingkan diri kepada Allah? Tidak mahukah kamu menurut ajakanku? Maka mereka pun bertanya: Jika demikian apa yang engkau suruh kami lakukan? Syaitan pun menyuruh mereka menyembah berhala untuk mendampingkan diri mereka dengan Tuhan (konon), mereka menerima ajakan Syaitan itu lalu menyembah berhala, sedang rezeki mereka mencurah-curah dan penghidupan mereka baik dan mewah; kemudian ditiup sangkakala, yang pertama, yang mematikan segala yang bernyawa….")

Friday, August 15, 2008

xstesma datang melawat



semalan 2 orang pelajar melawat saya n ustaz fauzi.Sekarang ni Hafizudfin dan Rozaidi sedang belajar di Matrikulasi Gopeng.Apa pun thanks to u all.

Wednesday, August 13, 2008

2 anak dara vs 1 teruna


bob handsome x5ek1

naimah cun x5t6

afiqah cute x5t1


Terima kasih kepada xstudents kerana sudi melawat guru2 disini..sejuk hati kami

pak said sedang melayari internat




Heem hafaz surah luqman lagi
bila la budak2 4ke7 ni nak habis hafaz surah loqman ni...





Periksa percubaan SPM 08
Sebahagian murid2 5ke2 memerah otak untuk memberikan jawapan yang terbaik bagi soalan yang dikemukakan..Buatlah yang terbaik untuk diri anda dan keluarga anda.Berusahalah semaksimum yang mungkin insya allah kejayaan menanti anda..

Monday, August 11, 2008





menghafal surah Luqman
ppelajar 4ve 5 sedang menghafal surah Luqman

cara2 untuk menghafal
-baca berulang kali
-selalu diamalkan terutama selepas solat
-sebuah hadis Nabi mengatakan yang mafhumnya"Aku tak kata perkataan Aliflammin itu dikira sebagi satu pahala tetapi huruf Alif satu pahala huruf Lam satu pahala dan huruf Mim satu pahala" so kalau anda baca surah Luqman agak2nya berapa banyak pahala yang kita dapat..??