Wednesday, August 27, 2008

Tanda-tanda hari Kiamat

Minta maafla sebab lama xupdate cuti.....disini saya nak kongsi cerita dengan nada semua time tu waktu cuti sekolah so tak buat apa bacalah sebuah kitab.Dibawah ini sebahagian yang terdapat dalam kitab tersebut dan kalau anda ingin tahu lagi bacalah kitab BAHRUL MAZI

Rasulullah s.a.w menyebut perihal Dajal serta menyatakan: "…..Sebenarnya Dajal itu seorang muda yang rambutnya kerinting, biji matanya timbul (buta sebelah); ……Sebenarnya ia akan keluar di satu tempat di antara negeri Syam dengan negeri Iraq, serta ia akan melakukan kerosakan di serata tempat yang ia sampai kepadanya (dengan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai Tuhan - mewah makmur, dan kampung orang yang enggan menerima dakwaannya - susah meleset; dan dengan menunjukkan kepandaian sihirnya dengan menjadikan tempat yang terbiar dan tanah yang kering kontang - mengeluarkan khazanah buminya dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau subur;juga menjadikan orang muda yang kuat gagah dibelah dua badannya, sepotong dicampakkan jauh dari satu lagi, kemudian diserunya, lalu kedua potongan badan itu bersatu dan orang muda itu pun hidup semula dengan tersenyum-senyum seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya; demikian juga mana-mana yang menyembahnya dimasukkan ke dalam Syurganya yang dirasai oleh orang itu sebagai Neraka, sebaliknya orang yang enggan menyembahnya dimasukkan ke dalam nerakanya yang dirasai oleh orang itu sebagai Syurga; dan lain-lain lagi)." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Wahai sekalian hamba Allah, setelah kamu mengetahui demikian maka tetapkanlah iman kamu, jangan terpengaruh kepada dakwaannya!" Kami bertanya: "Ya Rasulullah! Berapa lama ia bermaharajalela di bumi?" Baginda s.a.w menjawab: "Empat puluh hari - hari yang pertama: Panjangnya seperti setahun, dan hari yang kedua: Panjangnya seperti setahun, dan hari yang ketiga: Seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain: Seperti hari-hari kamu yang biasa." Kami bertanya lagi: "Ya Rasulullah! Jika demikian, hari yang panjangnya seperti setahun iu misalnya cukupkah kami mengerjakan padanya sembahyang untuk sehari?" Baginda s.a.w menjawab: "Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu sekadar masa yang biasa kamu lakukan;"….Baginda s.a.w menerangkan lagi: "Semasa Dajal itu bermaharajalela, Allah hantar turun Nabi Isa anak Mariam lalu ia turun berhampiran dengan menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyik…..maka Nabi Isa pun mengejar Dajal sehingga dapat menawannya di pintu kariah yang bernama: "Lud", lalu membunuhnya. Setelah itu datanglah suatu kaum yang Allah selamatkan dari bencana Dajal itu menghadap Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa hapuskan kesan kedukaan dan kesedihan dari air muka mereka dengan menyatakan: Bahawa Dajal telah pun dibunuh, serta mengembirakan mereka denga darjat-darjat kedudukan mereka dalam Syurga;" Nabi s.a.w menerangkan lagi: "Bahawa semasa Nabi Isa sedang menerangkan perkara-perkara yang menggembirakan mereka, Allah wahyukan kepada Nabi Isa dengan firmannya: "Bahawa Aku telah mengeluarkan sekumpulan hamba-hambaKu (Ya'juj wa Ma'juj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapa pun memerangi mereka; oleh itu maka bawalah hamba-hambaKu yang bersama-samamu berlindung di bukit Tursina; setelah itu Allah keluarkan Ya'juj wa Ma'juj dan mereka pun meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi….; Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya pun terkepung lama di bukit itu sehingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka dari seutas dinar kepada seseorang kamu sekarang; lalu Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya merayu kepada Allah supaya membinasakan musuh mereka, maka Allah s.w.t hantarkan ulat-ulat menyerang batang leher Ya'juj wa Ma'juj itu,mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa. Kemudian Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya turun dari bukit itu, lalu mereka dapati tidak ada barang sejengkal pun di bumi melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk disebabkan bangkai Ya'juj wa Ma'juj itu; maka Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya merayu lagi kepada Allah lalu Allah Taala hantarkan kumpulan burung yang batang lehernya seperti batang leher unta, maka kumpulan burung itu pun mengangkut serta mencampakkan bangkai-bangkai itu ke tempat yang dikehendaki Allah. Kemudian Allah Taala turunkan hujan lebat yang sebarang bangunan tidak dapat menahan airnya daripada meliputi serta mencuci muka bumi sehingga menjadi bersih dan rata seperti cermin. Kemudian Tuhan berfirman kepada bumi: Tumbuhkanlah tanamanmu serta keluarkanlah buahmu, dan kembalikanlah segala nikmatmu"; maka pada masa itu sebilangan orang boleh kenyang dengan memakan sebiji buah delima, dan boleh berteduh dengan kulitnya; dan pada masa itu juga diberkatkan Tuhan pada susu sehingga susu seekor unta perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu kaum yang besar jumlahnya, dan susu seekor lembu perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu qabilah; dan susu seekor kambing perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu suku kaum." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Semasa manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan yang tersebut tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik….lalu mengambil nyawa tiap-tiap orang yang baik - mukmin dan muslim, dan tinggallah sahaja orang-orang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiri dan berhubung jenis seperti haiwan, maka pada zaman mereka inilah berlakunya hari kiamat." (Dan pada satu riwayat yang lain: "Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk nyaman, yang datangnya dari arah negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorang pun yang terdapat dalam hatinya seberat zarah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Maka tinggallah sahaja orang-orang jahat yang cepat bergerak melakukan maksiat dan kedurhakaan secepat burung terbang, dan yang menceroboh serta menzalimi satu sama lain seperti binatang buas; mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara yang baik, dan tidak benci serta tidak melarang daripada melakukan perkara yang buruk. Pada saat itu syaitan menyamar diri kepada mereka serta bertanya: "Tidak malukah kamu meninggalkan jalan mendampingkan diri kepada Allah? Tidak mahukah kamu menurut ajakanku? Maka mereka pun bertanya: Jika demikian apa yang engkau suruh kami lakukan? Syaitan pun menyuruh mereka menyembah berhala untuk mendampingkan diri mereka dengan Tuhan (konon), mereka menerima ajakan Syaitan itu lalu menyembah berhala, sedang rezeki mereka mencurah-curah dan penghidupan mereka baik dan mewah; kemudian ditiup sangkakala, yang pertama, yang mematikan segala yang bernyawa….")

Friday, August 15, 2008

xstesma datang melawat



semalan 2 orang pelajar melawat saya n ustaz fauzi.Sekarang ni Hafizudfin dan Rozaidi sedang belajar di Matrikulasi Gopeng.Apa pun thanks to u all.

Wednesday, August 13, 2008

2 anak dara vs 1 teruna


bob handsome x5ek1

naimah cun x5t6

afiqah cute x5t1


Terima kasih kepada xstudents kerana sudi melawat guru2 disini..sejuk hati kami

pak said sedang melayari internat




Heem hafaz surah luqman lagi
bila la budak2 4ke7 ni nak habis hafaz surah loqman ni...





Periksa percubaan SPM 08
Sebahagian murid2 5ke2 memerah otak untuk memberikan jawapan yang terbaik bagi soalan yang dikemukakan..Buatlah yang terbaik untuk diri anda dan keluarga anda.Berusahalah semaksimum yang mungkin insya allah kejayaan menanti anda..

Monday, August 11, 2008





menghafal surah Luqman
ppelajar 4ve 5 sedang menghafal surah Luqman

cara2 untuk menghafal
-baca berulang kali
-selalu diamalkan terutama selepas solat
-sebuah hadis Nabi mengatakan yang mafhumnya"Aku tak kata perkataan Aliflammin itu dikira sebagi satu pahala tetapi huruf Alif satu pahala huruf Lam satu pahala dan huruf Mim satu pahala" so kalau anda baca surah Luqman agak2nya berapa banyak pahala yang kita dapat..??





stesma boleh..
HARI aNUGERAH DAN AKIKAH

hem rasanya baru je berlangsung hari anugerah dan majlis akikah 2007 .Masa makan sup pada waktu malam tu aku pakai baju oren dan budak2 gembira menangkap gambar masing2 sambil menghirup sup daging..kenang itu tidak mungkin dapat dilupakan tapi tidak mustahil ada yang lupa dan sekarang ia tiba sekali lagi.Cepatnya masa berlalu .Gambar diatas adalah sebahgian pelajar tingkatan empat yang mengikuti perbarisan kehormat sempena Hari Anugerah dan Akikah.So thank to all students form 4..Peace.

Thursday, August 7, 2008

pemain sepak takraw





ni adalah sebahagian gambar budak2 yang main sepak takraw bagi meakili Perak ke peringkat kebagsaan di SMT Sepang.Setakat ini hanya 2 orang yang terpilih Raja dan Din..entahla boleh terpilih atau tak moga2 terpilih.

Monday, August 4, 2008


Isra' dan Mikraj sudah pun berlalu.Percaya atau tidak bukan menjadi persoalannya tetapi sebagai seorang muslim kita wajib mempercayai kisah tersebut.Jangan ditanya bagaimanakah Muhammad boleh pergi ke Baitulmuqaddis dalam satu malam.Itu semua adalah kekuasaan-Nya.Contoh lihat makhluk yang diciptakan-Nya.Jika jantung manusia memainkan peranan untuk manusia terus hidup dimuka bumi ini dimanakah jantung nyamuk,semut,cacing,lintah dan pelbagai serangga yang kecil berada?Tentu anda pelik.Anda tidak perlu bimbang itu semua adalah kekuasaan Allah. Dia yang mencipta Dia yang mematikan.Yang penting kita selaku hambanya sentiasa membuat perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.Ingatlah kita tidak tahu bila ajal kita tiba.