Wednesday, July 23, 2008

Sembahyangah sebelum kamu disembahyangkan


Sembahyang atau solat adalah satu perkataan yang cukup sinonim degan masyarakat Islam di dunia ini.Setiap umat yang mengaku dirinya beragama Islam wajib menunaikan rukun Islam yang kedua ini.Namun apa yang berlaku masa kini amat mendukacitakan.Lihatlah apa ynag berlaku pada masyarakat pada hari ini terlalu ramai yang tidak sembahyang.Mari kita lihat contoh-contoh yang berlaku pada hari ini.Lihat sajalah apa yang berlaku di pasar malam.Apabila menjelang waktu Maghrib makin ramailah manusia-manusia berduyun- duyun menuju ke pasar malam..dan tidaklah haram pergi ke pasar malam tetapi soalannya kenapa meraka pergi pada waktu tersebut?Ttidak bolehkah pergi selepas menunaikan solat Maghrib?Manakah yang lebih penting? Fikirkanlah..kita tidak tahu bila kita akan mati..
Jika dilihat di masjid-masjid tidak ramai remaja atau pemuda menunaikan solat secara berjamaah Jika anda tidak percaya cuba pergi ke masjid dan kiralah berapa ramaikah remaja yang menunaikan solat secara berjemaah..tetapi apabila kita lihat pada konsert hiburan terlalu ramai remaja atau pemuda yang 'berjamaah'..Fikirkanlah mengapa umat Islam sanggup meringankan hal-hal yang berkaitan tentang sembahyang sedangkan ia adalah perkara pertama yang akan ditanyadiakhirat kelak..Berubahlah..bertaubatlah..kembalilah kejalan yang benar sebelum kita dipanggil oleh pencipta kita.

No comments: